SAJAK : SENI GELANGGANG
Pelbagai isu sudah dibuka,
bijaklah tuan mengatur langkah,
bunga silat sudah dihafal
tunggulah masa masuk gelanggang,
Seni gelanggang mestilah faham,
tipu muslihat sekeliling arah,
gerak rasa mesti dihafal
barulah benar pahlawan terbilang
Sepanjang zaman tuan disanjung
pandainya tuan mematah langkah
tipu muslihat mesti di gempur
terkujur tuan di tengah gelanggang
matinya tuan mati bermaruah
bulan bintang itulah saksi
segala mungkar mesti ditentang
sama ditentang di gelanggang rakyat
dapat atau tidak bukan urusan
itulah prinsip nama pejuang
Bukan mudah digelar pejuang
segala keringat mesti dicurah
semua dibuat rasanya ikhlas
salah benar jelas sempadan
kalau benar fahamnya
bertuahlah teman digelar pejuang.
Pekan
28.4. 2013
No comments:
Post a Comment